Himpunan-himpunan kata-kata hikmat yang saya ambil daripada http://luvislam92.blogspot.com. Memang patut jadikan pengajaran...
1) Kawan
yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.
2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya
palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang
yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati
anda tersenyum.
3) Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan
anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang
lain juga.
4) Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan
terpuji."
5) "Hidup
tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
6)
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
7)
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada
Ilahi."
8)
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
9) Semasa
anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan
tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.
10) Kita
sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk
bertaubat.
11) Esok
pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi
esok yang pastikan mendatang.
No comments:
Post a Comment